ARTIKEL

DOUGLAS Uggah menerima cenderahati daripada Veronica pada Upacara Pecah Tanah Pembinaan Klinik Kesihatan Spaoh di sini. Foto: Osman Razali

Hospital Betong perlu dinaik taraf segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Hospital Betong yang kini berusia 34 tahun perlu dinaik taraf agar dilengkapi dengan klinik pakar.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata ketika ini jika pesakit memerlukan rawatan pakar, mereka akan dirujuk ke Hospital Sri Aman dan Sarikei yang paling dekat.

Malah katanya, ramai pesakit turut dihantar ke Kuching.

“Namun, seperti sedia maklum, hospital-hospital berkenaan juga sesak dengan pesakit dari kawasan masing-masing.

“Justeru, sudah tiba masanya untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah baik fasiliti kesihatan di Hospital Betong, terutama yang dilengkapi dengan klinik pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui seusai menyempurnakan Upacara Pecah Tanah Pembinaan Klinik Kesihatan Spaoh di sini.

Jelasnya, hospital yang dibina pada 1991 itu tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Tegasnya, perancangan untuk menaik taraf Hospital Betong antara bukti bahawa kerajaan hari ini menangani isu kesihatan semasa.

“Issue kesihatan satu perkara yang amat penting kepada rakyat.

“Dengan adanya fasiliti kesihatan yang serba lengkap dan moden, ia memastikan rakyat mudah mendapatkan sebarang rawatan yang diperlukan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU