ARTIKEL

Waris atau ahli keluarga Thomas dicari.

Hospital Bintulu Mohon Bantuan Orang Ramai Jejak Waris Pesakit Bernama Thomas Lampin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU, 21 April 2025 — Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang pesakit yang dikenali sebagai Thomas Lampin, yang kini sedang dirawat di Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Bintulu sejak 8 April lalu.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Hospital Bintulu, pesakit terbabit beralamat terakhir di Rumah Janop, Batu 13, Jalan Bintulu-Miri, 97000 Bintulu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kehadiran waris adalah penting bagi urusan kebajikan dan rawatan lanjut pesakit tersebut.

Sehubungan itu, pihak hospital menyeru mana-mana individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris pesakit ini untuk segera hadir ke Hospital Bintulu atau menghubungi Wad Pembedahan Lelaki ataupun Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 086-859 000 bagi urusan lanjut.

Pihak hospital amat menghargai kerjasama orang awam dalam membantu menyelesaikan perkara ini demi kebajikan pesakit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU