ARTIKEL

Lukanisman (tengah) semasa Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di BCCK, hari ini.

Hospital Miri, Hospital Sibu diangkat sebagai hospital umum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merancang membina pusat jantung di wilayah utara Sarawak buat masa ini, tetapi sedang mengkaji kesesuaian untuk mewujudkan dua lagi hospital umum.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata dua lagi hospital umum itu adalah masing-masing di Miri dan Sibu.

“Maksudnya bukan hanya Hospital Umum Sarawak (HUS) sebagai hospital negeri tetapi Hospital Miri dan Sibu diangkat sebagai hospital yang mempunyai banyak kepakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Pada masa sama, Lukanisman berkata KKM juga sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan unit kardiologi di kedua-dua hospital itu.

“Unit kardiologi ini akan kita laksanakan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

“Justeru, menjadi tanggungjawab Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) untuk menjalankan kajian yang komprehensif berhubung keperluan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, pada masa ini perkara terbaik yang boleh pihaknya lakukan untuk rawatan jantung di wilayah utara Sarawak ialah menyumber luar perkhidmatan kepada sektor swasta yang bersetuju dengan harga yang bersesuaian.

Selain itu, Lukanisman berkata KKM juga meneruskan inisiatif menerbangkan pesakit ke Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU