ARTIKEL

ADUN Kalaka, Mohamad Duri.

Hospital Saratok Catat 56,000 Pesakit Luar Setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan digesa bertindak proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Saratok memandangkan berlaku peningkatan jumlah pesakit luar di Hospital Saratok sehingga 56,000 orang setahun.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata, Hospital Saratok yang kini berusia 45 tahun merupakan hospital tanpa pakar dan diklusterkan dengan Hospital Sarikei di bawah kluster Sarawak Timur.

Menurutnya, akibat ketiadaan pakar, kebanyakan pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Sarikei, Sibu atau Kuching bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.

“Dengan peningkatan jumlah pesakit luar sehingga 56,000 orang setahun, pertambahan kakitangan serta penggunaan peralatan baharu, ruang kerja sedia ada menjadi semakin sempit dan kurang kondusif.

“Saya mencadangkan agar Klinik Ibu dan Anak (KIA) serta Klinik Pergigian ditempatkan di premis berasingan, sama ada melalui penyewaan bangunan kedai atau menggunakan semula bangunan kerajaan yang tidak digunakan sementara menunggu pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tiga (KK3),” katanya.

Beliau berkata dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Jelasnya, pembinaan KK3 di Saratok wajar disegerakan supaya perkhidmatan pesakit luar, KIA serta klinik pergigian dapat beroperasi dengan lebih teratur dan efisien.

Menyentuh penempatan Balai Polis Roban yang dipindahkan ke Balai Polis Kabong, Mohamad memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula untuk mewujudkan atau menempatkan kembali balai polis di Roban demi kemudahan dan keselamatan rakyat.

“Perkara ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk terutama dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta urusan berkaitan polis kerana mereka kini perlu pergi ke Kabong atau Saratok.

“Di samping itu, saya juga menggesa agar pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok disegerakan demi memperkukuh aspek keselamatan, kebajikan anggota polis serta meningkatkan keupayaan membanteras jenayah khususnya berkaitan dadah di Saratok,” katanya.

BERITA LAIN

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi