ARTIKEL

Hospital Sibu cari waris Meliah Bauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pihak Hospital Sibu sedang mencari waris atau ahli keluarga pesakit wanita bernama Meliah Bauh yang sedang menerima rawatan sejak 21 Julai lalu.

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Sarawak, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pesakit berbangsa Iban tersebut dijumpai ketika dihantar ke hospital.

Lebih menyedihkan pesakit berkenaan tidak mengingati butiran nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang boleh dihubungi.

“Meliah memaklumkan bahawa dia menetap di Jalan Tong Sang, Sibu dan mempunyai suami bernama Stian Anyut yang merupakan pekerja kontrak di Sungai Merah,” katanya.

Orang ramai yang mengenali Meliah atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris atau ahli keluarga diminta menghubungi terus pihak hospital.

Bagi yang mengenali pesakit tersebut boleh menghubungi Wad Neurosurgeri, Hospital Sibu di talian 084-238888 sambungan 6113 dengan kadar segera.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik