ARTIKEL

Wanita tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sedang menerima rawatan di Hospital Sibu.

Hospital Sibu usaha kesan waris pesakit wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Hospital Sibu kini berusaha mengesan waris seorang pesakit wanita yang sedang menerima rawatan di Wad Perubatan Perempuan 22.

Pesakit tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan seorang pun ahli keluarga yang hadir melawat.

Pihak hospital dalam kenyataan media hari ini berkata, pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital Sibu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan pesakit berkenaan.

“Pihak Hospital Sibu sudah berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan menghubungi ahli keluarga pesakit, namun kesemua usaha berkenaan tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dapat disambungkan,” ujar kenyataan.
Sehubungan itu, hospital menyeru orang ramai yang mengenali pesakit berkenaan atau mempunyai maklumat berkaitan waris dan ahli keluarganya supaya tampil membantu pihak hospital.

Maklumat boleh disalurkan kepada Wad 22, Tingkat 2, Hospital Sibu di talian 084-333 343 sambungan 5210 dengan kadar segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU