ARTIKEL

Hotel 280 bilik ASAI Gamuda Cove dilancar di Banting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANTING: Gamuda Land membuka hotel sulungnya, ASAI Gamuda Cove, yang menjadi projek hartanah terbesar di bawah jenama ASAI selepas Melaka, Jepun dan Thailand.

Menurut Bernama Pengurus Besar ASAI Gamuda Cove, Muhamad Buhari Muhamed Yusof, menjelaskan bahawa hotel berkapasiti 280 bilik itu dibangunkan di kawasan seluas 755.14 hektar, kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hotel tersebut menggunakan model ‘ASAI Tropical’ yang diperluas oleh Dusit International sebagai destinasi berasaskan alam semula jadi, menurut beliau ketika berucap pada majlis pelancarannya semalam.

Muhamad Buhari turut menyatakan bahawa ASAI Gamuda Cove ialah hartanah pertama yang memperkenalkan konsep ‘Live Local’, dengan persekitaran Paya Indah Discovery Wetland, aktiviti luar, premis makanan dan tawaran komersial menjadi sebahagian daripada penginapan.

Beliau yang dikenali juga sebagai Bob Yusof menambah bahawa langkah itu membolehkan pihaknya menawarkan kelainan berbanding hartanah bandar, selain mengekalkan elemen mesra dan inklusif yang menjadi teras jenama ASAI.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee, berkata Gamuda Cove menyediakan rangkaian trem elektrik yang menghubungkan destinasi alam semula jadi, rekreasi dan komersial terpilih bagi memudahkan pergerakan pengunjung.

Wong menyatakan hotel itu memperkukuh portfolio rekreasi dan gaya hidup Gamuda Cove sejak menyambut tetamu pertama pada prapembukaan 15 September lalu, manakala kemudahannya termasuk kolam renang infiniti, gimnasium, ruang kerja dan mesyuarat serta tiga premis sajian, iaitu Nasi & Khao, The Tea Shop dan Pool Bar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The