ARTIKEL

Tiong Sii disambut mesra sebaik tiba pada Majlis Perayaan Hari Kuih Bulan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang anjuran Persatuan Klan Lee Sarikei Sarawak.

Huang Tiong Sii beri tumpuan pembangunan pendidikan di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii memberi jaminan akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan sebagai antara agenda utama.

Usaha itu bertujuan memastikan generasi muda memperoleh peluang terbaik untuk membina masa depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok berkata, sokongan terhadap pendidikan diperkukuh secara berterusan, termasuk melalui pemberian insentif pelajar cemerlang.

“Ini bukan sahaja dapat menyuntik motivasi kepada pelajar, malah membantu melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.”

“Saya akan terus memperjuangkan pembangunan pendidikan dengan berusaha mendapatkan lebih banyak sumber serta memperbaiki kemudahan dan persekitaran pembelajaran di Sarikei,” katanya pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Kuih Bulan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang anjuran Persatuan Klan Lee Sarikei Sarawak, di sini, hari ini.

Tiong Sii turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas inisiatif menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang selain menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Klan Lee Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunannya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU