ARTIKEL

Hubungan erat Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan bawa kemakmuran kepada rakyat – TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin hubungan erat Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan akan terus membawa banyak kebaikan kepada rakyat jelata.  

Menyatakan rasa gembira dengan sokongan Kerajaan Sarawak sehingga pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau berkata kerajaan yang stabil ini pasti dapat membawa kemakmuran kepada rakyat.

Justeru beliau berharap Kerajaan Perpaduan dapat segera menyelesaikan tuntutan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan IGC, Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan. 

“Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan terus melaksanakan pembangunan di Sarawak untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, membangun infrastruktur asas, menjaga kebajikan Sarawak dan meningkatkan tahap keselamatan khususnya kawasan sempadan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa bersyukur kerana tahun ini Sarawak akan merayakan ulang tahun ke-60 Kemerdekaan. 

Ujatnya, tema Sarawak Maju Makmur amat bertepatan dan sejak 60 tahun, Sarawak telah mencapai banyak kejayaan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

“Marilah kita sama-sama meraikan ulang tahun ke-60 Kemerdekaan Sarawak bagi menghargai sumbangan para pejuang kemerdekaan Sarawak. 

“Begitu juga sumbangan pemimpin – pemimpin yang telah membawa kestabilan dan pembangunan yang kita nikmati sekarang.

“Saya sukacita kerana pelbagai program dianjurkan sempena sambutan perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka. Perayaan ini sudah pasti mengukuhkan lagi semangat perpaduan rakyat Sarawak,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil