ARTIKEL

Hubungan Erat Malaysia-Turkiye Jadi Landasan Perluas Kerjasama – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia-Turkiye yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif terus menjadi landasan penting dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang strategik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal ini termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

“Moga hubungan akrab antara Malaysia dengan Turkiye akan terus diperkasakan demi keamanan, kestabilan serantau serta kemakmuran yang memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri dan diplomat berkenaan bertukar-tukar pandangan tentang  pelbagai isu semasa serantau dan global serta usaha berterusan memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara.

“Saya turut merakamkan penghargaan atas peranan dan sumbangan Emir Salim sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia–Turkiye yang sekian lama terjalin erat berteraskan semangat saling menghormati dan manfaat bersama,” kata Anwar. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU