ARTIKEL

FB Malaysian Meteorological Department

Hujan berterusan dan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Kod Kuning) yang diklasifikasikan sebagai tahap berwaspada bagi beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri termasuk daerah Subis, Beluru dan Marudi.

Keadaan cuaca tersebut berpotensi menyebabkan kenaikan paras air sungai, banjir kilat serta gangguan pergerakan, khususnya di kawasan rendah dan kawasan berisiko banjir.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan atau langkah keselamatan perlu dilaksanakan.

Selain itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu, terutama di kawasan yang mudah dinaiki air dan terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

MetMalaysia akan terus memantau situasi cuaca dan orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi, media sosial MetMalaysia atau saluran pengumuman rasmi dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU