ARTIKEL

Tangkapan layar amaran hujan berterusan di Malaysia.

Hujan berterusan tahap buruk dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka bakal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia
(MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Moha Anip, amaran itu melibatkan kawasan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

“Sementara di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Labuan,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut membabitkan Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) serta Kapit (Song dan Kapit).

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, beliau meminta penduduk di kawasan berisiko banjir di Sarawak bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana banjir.

“Ia susulan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan sembilan bahagian negeri ini hingga Ahad ini.

“Hujan lebat berterusan itu dijangka berlaku di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu hingga 22 Disember ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, amaran hujan berterusan tahap waspada pula melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan analisis model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga 24 Disember depan.

“Selain itu, satu kawasan bertekanan rendah yang terbentuk di Sarawak dijangka berterusan hingga 22 Disember ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh berkenaan,” tambahnya.

Tambahnya, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa hingga 24 Disember ini.

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met. gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan