ARTIKEL

Displaced Palestinians walk through floodwaters following heavy rains in Gaza City on December 15, 2025. The US-sponsored ceasefire, in effect since October 10, halted the war that began after Hamas's deadly attack on Israel on October 7, 2023. But it remains fragile as Israel and Hamas accuse each other almost daily of breaches. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

Hujan lebat tenggelamkan khemah rakyat Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDARAYA GAZA: Hujan lebat menenggelamkan ratusan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza pada Isnin dan mengakibatkan beberapa kecederaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Seorang wanita mengalami kecederaan tahap sederhana selepas dinding sebuah rumah runtuh dan menghempap khemahnya di barat Bandaraya Gaza, menurut sumber perubatan kepada Anadolu.

Menurut saksi, ratusan khemah yang menempatkan keluarga kehilangan tempat tinggal ditenggelami air di kawasan Chalet, barat Bandaraya Gaza, ketika wilayah itu dilanda sistem tekanan rendah yang baharu.

Saksi berkata angin kencang menyebabkan kerosakan meluas terhadap puluhan khemah dan menerbangkan banyak daripadanya, ketika penduduk cuba mengukuhkan khemah masing-masing serta menyelamatkan harta benda mereka daripada banjir.

Hujan lebat itu berlaku beberapa hari selepas sekurangkurangnya 11 rakyat Palestin terkorban akibat ribut kuat yang melanda wilayah Palestin itu, menyebabkan kerugian langsung awal sebanyak US$4 juta, menurut Pejabat Media Kerajaan.

Ketua Kesatuan Majlis Perbandaran Gaza Yahya al-Sarraj memberi amaran mengenai kesan serius akibat sistem tekanan rendah baharu itu.

“Kekurangan bahan api yang genting memburukkan lagi keadaan malapetaka di Gaza dan menjejaskan usaha mengendalikan jentera serta stesen pam, terutama ketika cuaca buruk,” katanya.

Sarraj turut memberi amaran mengenai kemungkinan runtuhan bangunan kediaman yang rosak dan dijadikan tempat perlindungan oleh penduduk yang hilang tempat tinggal, sekali gus mengancam nyawa orang awam.

Menurut Pejabat Media Gaza, 13 bangunan yang sebelum ini musnah akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza runtuh semasa ribut baru-baru ini.

Beliau merayu agar bantuan kecemasan disalurkan dengan segera, termasuk pakaian musim sejuk, selimut, tilam dan kaedah pemanasan yang selamat, bagi mengurangkan penderitaan penduduk dalam keadaan cuaca yang teruk. — Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU