ARTIKEL

TERTUDUH yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di sini, semalam.

Hukuman penjara lima tahun untuk penagih dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah menggunakan dadah.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata, pesalah Shahrin Amat dituduh di Mahkamah Majistret Sri Aman.

“Tertuduh membuat pengakuan tersebut di hadapan majistret kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39c(1)(b) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, hasil semakan tertuduh mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Pendakwaan kes terdahulu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Chrissie Ngiron Mijun.

Dennis menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tersebut kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU