ARTIKEL

Linah Alang

HUS cari waris Linah Alang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk tampil membantu Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit warga emas.

HUS dalam kenyataan memberitahu, pihaknya sedang mencari waris kepada pesakit Linah Alang yang berumur 81 tahun dengan alamat terakhir di No. 70, Jalan Bendahara 57, Taman Mewah Ria, Klang, 41000, Selangor.

“Pesakit telah dibawa menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dari kawasan Desa Wira ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HUS untuk mendapatkan rawatan pada 14 Mac 2025.

“Sehingga kini, pesakit masih dirawat di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan dan Trauma, HUS dengan keadaan yang stabil. Namun, tiada ahli keluarga atau saudara-mara yang datang melawatnya di hospital,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah HUS, pihak hospital menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat ahli keluarga pesakit kerana percakapannya yang kurang jelas.

“Malah, Linah juga tidak mengetahui alamat tempat tinggalnya,” jelasnya.

Sehubungan itu, HUS menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi talian 082-276 666 sambungan 5164.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Batang Ringkai di talian 082-276 252 pada waktu pejabat dengan segera,” ujarnya.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU