KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) kini sedang mengesan waris atau ahli keluarga lelaki warga emas, Ling Soon Thong, 65 yang sedang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di Wad Neurosurgeri hospital berkenaan.
Menurut HUS, lelaki itu dibawa ke hospital oleh ambulans hasil maklumat orang awam selepas ditemui dalam keadaan separa sedar di tepi jalan pada 3 Februari lalu.
Berdasarkan maklumat terakhir Ling dilaporkan tinggal di Jalan Merlin, 96000 Sibu.
Bagaimanapun, HUS memaklumkan bahawa tiada maklumat jelas dapat diperoleh daripada penama berhubung sejarah kesihatannya yang terdahulu serta maklumat mengenai waris atau ahli keluarganya.
Sehubungan itu, HUS menyeru supaya waris atau ahli keluarga penama untuk menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Nor-Asmawati Mohamad Ali
di talian 082-276666 sambungan 4375 (waktu pejabat) dengan segera.

