ARTIKEL

Poh Tze Choon

HUS Cari Waris Poh Tze Choon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesan waris kepada seorang pesakit, Poh Tze Choon, yang kini menerima rawatan di Wad Perubatan 5 hospital berkenaan.

Menurut HUS, pesakit terbabit dimasukkan ke wad sejak 12 Jun lalu dan kini berada dalam perancangan untuk discaj.

“Segala usaha yang dijalankan bagi menghubungi ahli keluarga atau warisnya masih belum berhasil.

“Berdasarkan rekod kemasukan ke hospital, alamat terakhir pesakit ialah di No. 22, Lorong 4, Jalan Star Garden, Jalan Green, 93050 Kuching, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

HUS turut memaklumkan nombor telefon yang diperoleh daripada rekod pesakit juga tidak lagi dapat dihubungi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris Poh Tze Choon diminta tampil bagi membantu hospital menghubungi keluarga pesakit dengan kadar segera.

Waris atau ahli keluarga pesakit boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Rita Fazlin Awang @ Ibrahim di talian 082-276666/4374 pada waktu pejabat atau menghubungi Wad Perubatan 5 di talian 082-276666/5934 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU