ARTIKEL

HUS kesan waris warga emas dipercayai berada di Miri.

HUS Mohon Kesan Waris Chong Joon Soon, Dipercayai Berada di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang mengesan waris Chong Joon Soon, 71, yang dipercayai berada di Miri selepas lelaki warga emas itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kira-kira seminggu lalu.

Menurut kenyataan HUS hari ini, Chong dipercayai terjatuh akibat kelemahan kaki sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pihak hospital dimaklumkan bahawa lelaki berbangsa Cina itu tidak mempunyai ahli keluarga atau saudara-mara yang tinggal bersamanya di Kuching.

“Chong yang bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran Lok Thian turut dilaporkan tidak mempunyai rakan yang mengetahui maklumat warisnya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ahli keluarga lelaki berkenaan dipercayai berada di Miri, namun pihak hospital masih berusaha mendapatkan maklumat bagi menghubungi mereka.

Sehubungan itu, HUS menyeru mana-mana individu yang mengenali Chong atau mempunyai maklumat keluarganya supaya membantu menyalurkan maklumat kepada pihak hospital.

“Waris atau ahli keluarganya boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohammad Aizzat Mahdi, di talian 082-276666 sambungan 4338.

“Panggilan boleh dibuat pada Isnin hingga Jumaat, waktu pejabat sahaja, bagi membantu pihak hospital mengesan keluarga lelaki berkenaan,” kata kenyataan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU