ARTIKEL

JPJ Sarawak Sita Tujuh Kenderaan dalam Operasi di Bintulu


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lima kenderaan dipandu warga asing yang tidak memiliki lesen memandu sah antara tujuh kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Taman Sinong, di sini, semalam (Rabu).

JPJ Sarawak dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 276 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam Ops Motosikal, Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Ekstrem yang dilaksanakan JPJ Cawangan Bintulu.

Daripada tujuh kenderaan yang disita, empat ialah motosikal manakala tiga lagi motokar.

Menurut kenyataan itu, lima kenderaan, terdiri daripada empat motosikal dan sebuah motokar, disita kerana dipandu warga asing tanpa lesen memandu yang sah.

Sebuah lagi motokar disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insuransnya tamat tempoh, manakala sebuah motokar lain disita berikutan pengubahsuaian ekstrem yang melanggar peraturan ditetapkan.

Operasi berkenaan bertujuan meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Pemeriksaan turut mengesan pelbagai kesalahan lain, termasuk lesen memandu tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan teknikal kenderaan.

JPJ Sarawak menegaskan semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memastikan lesen memandu dan LKM masing-masing masih sah, selain memastikan kenderaan dilindungi insurans yang berkuat kuasa serta mematuhi spesifikasi teknikal ditetapkan.

BERITA LAIN

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta

BERITA TERBARU