ARTIKEL

Hyeri ,Girl’s Day dedah ingin kahwin sebelum usia 40 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANGGOTA Girl’s Day, Hyeri baru-baru ini berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan ketika muncul dalam rancangan YouTube, Yongtarot, bersama pelawak Lee Yong-jin pada 12 Februari lalu.

Dalam sesi tersebut, Hyeri dengan penuh yakin menyatakan hasratnya untuk berkahwin sebelum usia 40 tahun.

Yong-jin kemudian menjelaskan ramai selebriti yang diramal olehnya cenderung berkahwin lewat kerana lebih fokus kepada kerjaya.

Namun, Hyeri tetap berpegang pada pendiriannya dan menegaskan keinginannya untuk berkahwin dalam lingkungan usia 30-an.

Ditanya mengenai ciri pasangan idaman, Hyeri mendedahkan bahawa rupa bukan faktor utama dalam pilihannya.

Sebaliknya, dia lebih tertarik kepada seseorang yang lemah lembut, pendiam dan mementingkan keluarga, seperti yang dipetik daripada SBS Star.

Lee Yong-jin meramalkan Hyeri mungkin hanya akan mula memikirkan perkahwinan secara serius selepas usia 35 tahun.

Namun, bintang Reply 1988 itu tetap yakin bahawa jodohnya akan tiba pada masa yang tepat.

Kenyataan Hyeri menarik perhatian peminat, terutamanya kerana dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Ryu Jun Yeol. Kini, ramai yang tertanya-tanya sama ada ramalan tarot ini akan menjadi kenyataan bagi selebriti popular itu.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum