ARTIKEL

Iban pertama peroleh PhD dalam bidang antropologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Senator Robert Lau Hui Yew menyifatkan pemergian Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing sebagai satu kehilangan besar buat masyarakat Iban.

Lau dalam satu kenyataannya berkata, beliau mengetahui berita pemergian mendiang menerusi satu artikel dalam talian.

Beliau mendedahkan bahawa mendiang merupakan lban pertama yang memegang PhD dalam bidang antropologi.

“Beliau mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyatnya dan Sarawak.

“Beliau contoh cemerlang bagaimana pendidikan adalah cara terbaik meningkatkan kesejahteraan dan mengubah taraf hidup rakyat, terutama masyarakat luar bandar yang peluangnya sangat terhad,” ujar Ahli Dewan Negara itu.

Ketika mengingatkan masa-masa lalu yang dikongsi bersama mendiang, beliau dan mendiang mempunyai minat sama dalam sejarah.

Lau juga berkata, semasa lawatannya ke sebuah gereja kecil di Sheepstor, England kediaman James Brooke pada 2017, beliau terlihat Pua Kumbu digantung di dinding, hadiah daripada Masing.

Menurut Lau, kali terakhir bertemu mendiang ketika mendiang datang ke Sibu untuk menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Sungai Bidut-Nanga Tutus kira-kira setahun lalu.

“Kami berbual di atas bot semasa dalam perjalanan ke sana dan begitu juga ketika balik dari Nanga Tutus. Selamat tinggal Tan Sri dan berehatlah dengan aman,” ujar beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU