KUCHING: Wakil Gabungan Parti Sarawak, Datuk Ibrahim Baki secara rasmi diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan Dun Satok untuk tempoh lima tahun dan seterusnya.
Keputusan rasmi bagi Dun Satok menunjukkan kejayaan bagi GPS apabila calon yang bertanding mendahului sebanyak 6,991 undi.
Ibrahim mendahului jumlah undi dengan majoriti sebanyak 6,033 undi sekali gus menumbangkan calon lain yang bertanding di kerusi tersebut.
Calon lain, Awang Badele Awang Ali daripada PBK serta Datuk Ir Nor Irwan Ahmat Nor wakil PKR ditewaskan dengan masing-masing memperoleh undi sebanyak 415 undi dan 958 undi.
Dalam pada itu, sebanyak 71 undi ditolak dengan peratus undian sebanyak 59.29 peratus berbanding jumlah pemilih.
Keputusan pilihan raya itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Satok, Dr Hadysyam Junaidi di Dewan Kompleks Islam Sarawak pada jam 8.50 malam tadi.



