ARTIKEL

Datuk Dr Jeniri Amir (kanan) menyampaik buku sebagai cenderahati kepada Datuk Ibrahim Baki. Foto Izzani Amani

Ibrahim Baki terima kunjungan hormat Suara Sarawak, New Sarawak Tribune

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Akhbar Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune mengadakan kunjungan hormat kepada ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki, di pusat khidmatnya di sini, hari ini.

Datuk Ibrahim Baki (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Dr Jeniri Amir. – Foto Izzani Amani

Delegasi tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir.

Turut serta, Editor Eksekutif Suara Sarawak Rohana Wahed dan dua timbalannya, Awang Shaferi Awang Adeni dan Raden Azhar Ahmad, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Koporat Dorge Rajah, Pengurus Kanan Bahagian Digital Awang Rosli Awang Jaya.

Sementara New Sarawak Tribune diwakili Ketua Editor Aden Nagrace, Editor Eksekutif Harry Henry Julin dan Timbalan Editor Eksekutif Albert Mentri, dan Timbalan Ketua Pemberita Digital Sarah Hafizah Chandra.

Pertemuan yang berlansung selama satu jam 30 minit itu membincangkan operasi harian dua akhbar terkemuka Sarawak itu.

Dalam sesi pertemuan itu, Ibrahim turut berkongsi pandangan beliau dalam pemasaran kedua-dua akhbar itu kepada orang ramai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU