ARTIKEL

KENANGAN... Para pemenang merakam gambar bersama-sama pada majlis penutupan.

Ibrandium fokus bina komuniti usahawan luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seramai 15 usahawan mikro terdiri daripada belia luar bandar berjaya menamatkan sesi susulan terakhir di bawah Program SUPEWANG 3.0, hari ini.

Pengasas Ibrandium, Afiq Khatem berkata, program itu merupakan ruang strategik untuk merapatkan jurang antara potensi belia luar bandar dengan keperluan pasaran digital semasa.

Menurutnya, kelebihan program berkenaan adalah kerana ia disusun sejajar dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), merangkumi realiti lapangan dan berorientasikan penyelesaian.

“Pemilihan 15 peserta bukan satu kekurangan, malah merupakan kekuatan dari segi tumpuan dan keberkesanan penyampaian.

“Dengan bilangan peserta yang kecil, fasilitator dapat memberi perhatian secara lebih mendalam, berfokus, interaktif serta memudahkan pemantauan perkembangan peserta.

Ia juga membuka ruang kepada sesi bimbingan susulan secara lebih tersusun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Ibrandium kini sedang merancang untuk mewujudkan komuniti pembelajaran dalam talian bagi membolehkan peserta berkongsi kemajuan dan memberi maklum balas secara berkala.

Tambahnya, peserta yang dikenal pasti berpotensi akan ditawarkan akses kepada modul lanjutan serta peluang meneroka pasaran melalui platform e-dagang yang bakal diperkenalkan.

Sementara itu, Pengurus Seksyen Komunikasi Strategik Media dan Perhubungan Awam Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Hassnal Hakim Junaidi berkata, penganjuran Program SUPEWANG 3.0 menjadikan peserta lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital yang dinamik.

“Kami komited memastikan perubahan tidak terhenti selepas program.

“Kita mahu peserta pulang dengan pengetahuan, keyakinan, semangat baharu dan akses kepada sokongan berterusan agar mereka terus berkembang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU