ARTIKEL

Ibu bangun tidur lihat anak tergantung bunuh diri di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lelaki ditemui mati selepas dipercayai bunuh diri di sebuah rumah di Riam di sini pada awal pagi, hari ini.

Lelaki berusia awal 20-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya di ruang tamu pada jam 2 pagi.

Difahamkan, si ibu hanya menyedari kejadian terbabit semasa dia terjaga dari tidur dan ingin ke dapur untuk minum air.

Namun, sebaik sahaja keluar dari bilik, dia terkejut menemukan anaknya dalam keadaan tergantung di ruang tamu.

Susulan penemuan itu, mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Miri dengan bantuan orang awam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi petang tadi berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu.

Punca mangsa bunuh diri masih dalam siasatan dan pihak polis mengklasifikasikan ia sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU