ARTIKEL

Juna Jelani menyampaikan sijil kecemerlangan kepada salah seorang penerima

Ibu bapa bantu lestarikan pembangunan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menyokong usaha pihak sekolah bagi melestarikan pembangunan dari aspek fizikal sekolah termasuk pendidikan dan kokurikulum.

“Saya berharap agar ibu bapa kepada pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan tidak berputus asa dalam menyokong pihak sekolah dalam pelbagai aspek.

“Sokongan ini cukup penting kepada pihak sekolah untuk melancarkan sistem pendidikan di sekolah kita,” kata Juna Jelani.

Beliau yang merupakan Guru Besar kepada sekolah tersebut berkata demikian pada Majlis Kecemerlangan SK Nanga di Dewan Masyarakat Pakan.

Tambah Juna, sekolah tersebut akan terus menyokong Program Transformasi Sekolah (TS25) dari pelbagai aspek.

“Sekolah ini akan merancakkan TS25 dengan menyertai pelbagai pertandingan bagi sokongan kepada program berkenaan,” kata Juna.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU