ARTIKEL

Ibu bapa berperanan tingkatkan semangat pelajar SPM – Rozalix

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu bapa diseru untuk memberikan lebih tumpuan kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022/23  bermula pada 20 Februari hingga 15 Mac ini.

Focal Person Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS) Sarawak Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, peranan ibu bapa sangat penting ketika ini kerana ia dapat meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar.

“Justeru, saya amat berharap agar ibu bapa di luar sana supaya mereka dapat memberikan komitmen dan kerjasama kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM.

BERCAKAP… Rozalix bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada program majlis penutupan Pameran ReQaseni Ke-17 – Enigma di CityOne Megamall, di sini, hari ini.

“Ini adalah ujian terakhir mereka, sekali gus bakal menjadi kayu ukur kepada hala tuju mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program majlis penutupan Pameran ReQaseni Ke-17 – Enigma di CityOne Megamall, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan agar ibu bapa membantu proses mengulang kaji anak-anak dengan tidak melaksanakan banyak aktiviti di luar semasa tempoh peperiksaan itu.

“Kita tidak menghalang atau memaksa mereka, tetapi apa yang ingin saya ingatkan adalah mereka perlu memandang serius peperiksaan ini dengan memberikan sepenuhnya fokus.

“Cikgu sudah menjalankan tanggungjawab mengajar, anak kita sudah belajar.

Jadi, tiba masanya ketika ini ibu bapa membantu memberikan komitmen untuk memastikan anak-anak berjaya dengan cemerlang.

“Perkara ini bukan hanya untuk sekolah, tetapi juga kejayaan anak-anak itu sendiri.

Saya mengharapkan di dalam tempoh seminggu dua ini ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik,” tegasnya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

SRG juara MPL Malaysia kali keenam berturut-turut

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia apabila muncul juara buat kali keenam berturut-turut

Korea Utara disyaki godam RM24.3 bilion kripto

NEW YORK: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu menuduh Korea Utara mencuri lebih daripada AS$6.0 bilion (RM24.3 bilion) dalam bentuk aset maya daripada bursa kripto