ARTIKEL

Ibu bapa juga mesti jaga kesihatan anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan sekolah rendah bermula 15 Julai ini adalah mengikut keputusan kerajaan berdasarkan keadaan semasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan keputusan kerajaan namun mereka tetap risau mengenai keadaan anak-anak apabila sekolah dibuka semula nanti.

Yati Bujang, 45, dari Asajaya berkata, tindakan pihak kerajaan membenarkan anak-anak kembali ke sekolah adalah satu tindakan yang wajar.

“Sangat wajar jika sekolah dibuka semula kerana pendidikan sangat penting untuk anak-anak.

“Jika mereka terlalu lama tidak ke sekolah dan hanya terperap di dalam rumah sahaja, kemungkinan besar apa yang di pelajari di sekolah sebelum ini tidak diingati lagi,” katanya.

Bagi Yati, walaupun masih berasa bimbang untuk membenarkan anak-anak kembali ke sekolah, namun beliau percaya SOP yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat membantu mencegah penularan penyakit tersebut.

Ibu kepada tiga orang anak ini berharap, pembukaan semula sekolah dapat membantu anak-anak menyesuaikan diri untuk belajar dalam kelaziman baharu dan lebih semangat untuk menimba ilmu.

Baca lain  UiTM Sarawak lancar inisiatif e-skuter, mudahkan pergerakan pelajar

Sementara itu, Satina Ghazali dari Simunjan bersetuju apabila kerajaan membenarkan sekolah di buka semula pertengahan bulan ini.

“Saya sangat bersetuju apabila kementerian membenarkan sekolah rendah di buka semula.

“Walaupun berasa bimbang mengenai keselamatan dan kesihatan anak-anak, saya akur dengan arahan kerajaan. Hal ini adalah untuk keberlangsungan masa hadapan anak-anak juga kerana pendidikan sangat penting buat mereka,” kata Satina.

Di samping memberikan sepenuh tanggunjawab kepada guru di sekolah untuk menjaga anak-anak, katanya, ibu bapa yang harus melaksanakan langkah-langkah pencegahan dari rumah.

“Sebelum ke sekolah, anak-anak wajib diberikan pelitup muka, pakaian sekolah dan barangan sekolah mesti dibersihkan selalu sebelum sesi persekolah bermula dan selepas mereka kembali dari sekolah.

“Jangan sesekali membenarkan anak-anak yang mempunyai gejala untuk turun ke sekolah,” tambah ibu kepada empat orang anak yang berasal dari Simunjan ini.

Dayang Salina Awang Chek, 45, berkata, keputusan kerajaan untuk membenarkan pelajar sekolah rendah memulakan sesi persekolahan dalam bulan ini sangat wajar dilakukan.

Baca lain  Tumpu kepada subjek teras sahaja

“Sudah hampir berbulan anakanak terperap di rumah dan kebanyakan dari mereka menghabiskan masa dengan bermain Internet yang boleh merosakan minda mereka.

“Jika sesi persekolahan bermula, mereka dapat memulakan pembelajaran semula untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran disamping menyesuaikan diri belajar dalam norma baru ini,” kata Dayang.

Ibu yang berasal dari Sadong Jaya ini menambah, walaupun pihak sekolah telah mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, ibu bapa juga wajib memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan anak-anak mereka bermula dari rumah.

Menurut Kementerian Pembelajaran Malaysia, sekolah rendah bagi pelajar tahun satu hingga tahun empat akan bermula pada tarikh 15 Julai manakala pelajar tahun lima dan enam pada tarikh 22 Julai.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier