Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei ditutup kepada orang ramai untuk tujuan sanitasi

KUCHING: Operasi perkhidmatan di ibu pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak ditutup buat sementara waktu, bermula esok.

Menurut JTS, operasi perkhidmatan mereka di Bangunan Menara Pelita, Petra Jaya itu akan ditutup pada 11 dan 12 Mac ini dan beroperasi semula seperti biasa pada hari Isnin, 15 Mac.

“Is bertujuan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Justeru, tiada urusan melibatkan secara bersemuka atau fizikal pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Orang awam dinasihatkan berurusan secara dalam talian iaitu melalui e-Lasis dengan mengunakan komputer atau Mobile Lasis yang boleh dimuat turun di aplikasi Google Play atau Application Store pada telefon pintar.

Mereka yang mempunyai pertanyaan berkenaan perkhidmatan itu boleh berhubung melalui email landsurvey@sarawak.gov.my.

Suara Sarawak