ARTIKEL

Ibu Presiden Joko Widodo meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Ibu kepada Presiden Indonesia, Sudjiatmi Notomiharjo, meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah.

Menurut media dan siaran televisyen tempatan, Allahyarham Sudjiatmi, 77, meninggal dunia pada 4.45 petang waktu Indonesia Barat dan punca kematiannya belum diketahui.

Jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rahman berkata Presiden Joko Widodo belum membuat sebarang pernyataan berhubung perkara itu dan kini dalam perjalanan dari Jakarta ke Solo.

Beberapa menteri Kabinet Indonesia turut mengesahkan perkara itu kepada pihak media tempatan.

Allahyarham Sudjiatmi dilahirkan pada 15 Feb 1943 di Surakarta.– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha