ARTIKEL

Datuk Mohamad Zainal

Identiti lima mangsa nahas helikopter FDS disahkan menerusi DNA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Identiti lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, disahkan menerusi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pengesahan itu membolehkan jenazah diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas semua dokumentasi berkaitan selesai.

“Hari ini, sebaik sahaja dokumentasi selesai, jenazah akan diserahkan kepada keluarga,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Bedah siasat terhadap semua mangsa selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri pada malam Khamis.

Dalam kejadian pada 8 September lalu, lima individu maut selepas helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace terhempas berhampiran penghujung landasan STOLport Long Lellang, kira-kira pukul 3.40 petang.

Mangsa terdiri daripada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham serta empat petugas kesihatan, iaitu Pegawai Perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin; Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Henry; serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.

Jenazah semua mangsa akan dibawa pulang ke lokasi masing-masing untuk urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

Tiga daripada mangsa merupakan rakyat Sarawak.

Alexson Adit Henry dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglican Lambir selepas upacara penghormatan terakhir di Good Shepherd Church, Lutong, pada pukul 9 pagi, 15 September ini.

Jenazah Jessie Paya Jok pula akan menerima penghormatan terakhir di Taman Wang Lusut, manakala jenazah Debra Moset akan dibawa pulang ke Kampung Semadang, Padawan.

Sementara itu, Dr Ainul Baraah Kamaruddin dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kelantan, manakala jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan