Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Identiti si mati masih belum diketahui

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBURAN: Seorang lelaki tidak diketahui identiti ditemui duduk dalam keadaan lemah sebelum dilihat rebah di persimpangan Jong Crocodile, Jalan Kuching-Serian, di sini, hari ini.

Mangsa ditemui oleh dua orang awam yang melintasi kawasan berkenaan sekitar jam 4 pagi sebelum membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan ketika dihubungi Suara Sarawak berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas HUS ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan.

Menurutnya, identiti mangsa bagaimanapun masih tidak dapat dikesan berikutan ketika ditemui di lokasi pertama si mati hanya mengenakan baju dan berseluar pendek aras lutut.

“Hasil pengesanan badan mendapati terdapat suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di bahagian lengan kiri mangsa.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada tanda-tanda yang menjurus kepada unsur perbuatan jenayah pada badan si mati,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya telah mendapatkan bantuan daripada Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bagi mendapatkan cap jari si mati.

Baca lain  Penunggang motosikal maut, terbabas di bulatan

Susulan itu, katanya, mayat mangsa kini masih berada dan disimpan di bilik mayat HUS bagi tindakan lanjut.

Setakat berita ini ditulis, jelas beliau, identiti dan pihak keluarga mangsa bagaimanapun masih tidak diketahui.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut(SDR).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru