ARTIKEL

BERCAKAP... Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah pada sidang media berkenaan SCWI di Bangunan Baitulmakmur II. -JASMINE ZAHRA

IInsiden Pelajar Didakwa Cederakan Guru: JKM, Kaunselor Sekolah Kenal Pasti Bantuan Diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching akan bekerjasama dengan kaunselor sekolah berhubung insiden melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, beliau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebaik mengetahui kejadian itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan bantuan kepada pihak yang terlibat.

“Siasatan dijalankan bagi mengetahui tindakan awal yang diambil pihak sekolah serta mengenal pasti ruang yang memerlukan pelibatan JKM.

“Kita akan membantu. Namun, perkara itu dikendalikan oleh pihak sekolah terlebih dahulu,” katanya pada pemberita selepas mengadakan sidang media Indeks Kesejahteraan Kanak-Kanak Sarawak (SCWI) di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak membuat spekulasi insiden yang berlaku, sebaliknya menunggu hasil siasatan dan penilaian daripada pihak JKM serta kaunselor sekolah.

Tambahnya, pihak kementerian mahu memastikan sekolah kekal selamat untuk guru dan pelajar serta memastikan golongan muda yang berdepan kesukaran mendapat peluang untuk menerima bantuan, bimbingan dan sokongan sewajarnya.

Terdahulu, tular sebuah video kejadian membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang didakwa mencederakan guru wanita di sebuah sekolah swasta di sini.

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kejadian berkenaan di bawah dua peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

BERITA LAIN

Kurangkan risiko banjir kilat

KUCHING: Lebih 9,000 penduduk Skim Penempatan Semula Stampin bakal mendapat manfaat daripada projek tebatan banjir fasa pertama bernilai RM87.96 juta yang dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian

BERITA TERBARU