Ikan talang-talang mempunyai banyak nama antaranya seliat, seliap, sekalang, pepandan, sampantiau dan talang lampai.
Nama saintifiknya ialah Scomberoides tol.
Terdapat 10 spesies ikan talang-talang dan salah satunya ialah needlescaled queenfish yang merupakan spesies talang-talang paling kecil.
Ia banyak ditemui di perairan pantai hingga pada kedalaman 50 meter.
Ciri-ciri unik ikan ini adalah pada bahagian rahang atasnya tidak sampai ke bawah dan hampir selari dengan paras mata, selain memiliki sisik seperti jarum.
Manakala, hujung sirip punggungnya berpigmen tajam.
Ikan talang-talang biasanya berukuran 40 sentimeter dan saiz maksimunnya ialah 60 sentimeter.
Ikan dewasa makan ikan kecil krustasea, manakala anak-anak mereka memakan sisik dan tisu ikan lain.
Duri sirip dorsal serta pada bahagian tempat najisnya amat berbisa dan mampu menimbulkan sengatan menyakitkan.
Ikan talang-talang boleh dimasak pelbagai cara antaranya distim, digoreng, dimasak sup, asam pedas dan pelbagai lagi.



