ARTIKEL

Ikan tilapia mendapat permintaan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penternak ikan tilapia di kawasan Empangan Hidroelektrik Batang Ai, Lubok Antu perlu meningkatkan pengeluaran ikan untuk memenuhi permintaan dari Singapura.

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ikan tilapia dari Batang Ai dari sumber air bersih menjadi pilihan rakyat Singapura.

“Saya pasti ikan (tilapia dari Batang Ai) ini lebih enak, ini juga disahkan seorang usahawan dari Singapura yang datang ke Kuching dan bertemu Ketua Menteri dan memberitahu mereka memilih ikan tilapia dari Batang Ai kerana tidak berbau lumpur,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembekalan ekslusif ikan tilapia antara Sugarbun dan Borneo Eco Fish Sdn Bhd di cawangan Sugarbun di Satok, di sini.

Perjanjian terbabit ditandatangani Pengarah Besar Sugarbun, Raymond Teo dengan Pengarah Borneo Eco Fish Sdn Bhd, Thomas Hii bagi Borneo Eco Fish Sdn Bhd membekalkan minimum 10 tan ikan tilapia setiap bulan kepada Sugarbun.

Douglas berkata selain Sarawak, pihaknya dimaklumkan sebahagian ikan tilapia diimport Singapura dari Vietnam, Indonesia dan Kuala Lumpul serta sebahagian ikan terbabit didapati berbau lumpur.

“Kita berharap (penternak ikan ini) di Batang Ai, juga akan mengamalkan Smart Farming supaya membolehkan mereka meningkatkan lagi produktiviti dan menjadi lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah juga akan membantu menaiktaraf kemudahan di Batang Ai supaya penternak ikan di sana dapat memenuhi keperluan pasaran antarabangsa. “Ini seperti sijil HACCP (100 peratus bebas antibiotik) dan sijil MyGAP (keselamatan dan kualiti pengeluar- an),” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha