ARTIKEL

IKRAM BINTULU teruskan kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELBAGAI pertubuhan, agensi mahupun organisasi mempunyai objektif dan visi tersendiri.

Kepelbagaian ini mencari titik persamaan dan ruang kolaborasi dalam apa-apa jua bentuk program.

Majlis Ramah-Tamah Ikram Bintulu kali ini dihadiri wakil Pejabat Residen Bintulu, Pejabat Daerah Tatau serta, Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.

Pelbagai program diadakan dengan bantuan dan kerjasama menerusi program iBantu, Wanita, anak-anak mahupun program belia.

Antaranya program e-sukan, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Ikram Kawasan Bintulu bagi mendekati belia di Bintulu dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, program wanita seperti Program Jom Solat juga berjaya menarik minat masyarakat Bintulu turut sama.

PROGRAM ILMU

Program ini diadakan dengan pihak Hidayah Centre Foundation dan juga Masjid al-Mustaqim Kidurong.

Program ini juga berjaya menarik minat mualaf menimba ilmu dan memperbaiki tatacara perlaksanaan solat dengan sempurna.

Program melibatkan kanak-kanak seperti Meniti Usia Baligh atau Keindahan Bersamamu juga diadakan dengan kerjasama pihak sekolah di Bintulu turut mendapat sambutan yang baik.

Lebih banyak pagi program dirancang bagi 2023.

Semoga program sebegini mampu memberi manfaat kepada masyarakat dalam pembangunan murid yang merupakan bakal pemimpin masa depan.

Ikram Bintulu berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan yang turut sama prihatin dengan keperluan masyarakat Bintulu.

Semoga kerjasama erat ini kekal terbina sehingga bila-bila untuk kebaikan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

Usaha tidak pernah khianati hasil

KUCHING: Usaha selama ini sama sekali tidak pernah mengkhianati hasil. Demikian ungkapan sesuai untuk menggambarkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Alya Athirah Asfia,

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

BERITA TERBARU