ARTIKEL

Ikuti perkembangan Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Walaupun negara dan dunia masih dilanda wabak Covid-19, namun ia tidak menghalang Badan Khairat Kematian JKKK Kampung Pulat di sini untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Baru-baru ini, mereka menyampaikan sumbangan kepada keluarga Aminah Alex yang kehilangan bonda tersayang pada 24 Mac lalu. Sumbangan disempurnakan oleh ketua kaum, Harun Ulis.

“Dengan kesempatan ini, kita berharap semua penduduk di sini mematuhi arahan pihak kerajaan untuk terus berada di dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Walaupun keadaan di sini terkawal dan selamat, namun kita perlu mengambil langkah berjagajaga,” kata Harun.

“Oleh itu saya syorkan masyarakat di sini agar berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan, keselamatan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang Covid-19,” ujarnya.

Menurutnya, pengetahuan dan maklumat mengenai Covid19 amat penting agar kita tahu keadaan semasa, sama ada di tempat kita atau di tempat lain. Misalnya, mengelak berkumpul di tempat awam, sentiasa memakai topeng muka ketika keluar rumah dan kerap mencuci tangan.

Walaupun keadaan dan situasi di Malaysia, tidak seteruk di kebanyakan negara Eropah seperti Itali, Sepanyol, Perancis dan United Kingdom, namun kita perlu sentiasa berwaspada, bagi mengelak penularan wabak yang amat berbahaya ini.

Sehingga berita ini ditulis, terdapat 81,889 kematian di seluruh dunia, dengan Itali mencatat kematian tertinggi, 17,127, diikuti Sepanyol, 14,045 dan Amerika Syarikat, 12,748. Jumlah kes di seluruh dunia sudah pun mencecah 1.5 juta.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU