ARTIKEL

IMF lulus RM13b untuk Sri Lanka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pembiayaan berjumlah AS$2.9 bilion (RM13b) untuk membantu Sri Lanka yang sedang dilanda krisis, menurut pihak berkuasa negara itu dan IMF.

“Program itu akan membolehkan Sri Lanka mengakses pembiayaan sehingga AS$7 bilion daripada IMF, Institusi Kewangan Antarabangsa (IFI) dan organisasi pelbagai hala,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat Presiden Ranil Wickremesinghe.

“Lembaga IMF meluluskan EFF (Kemudahan Dana Lanjutan) untuk kami,” menurut Menteri Kewangan Sri Lanka Ali Sabry di Twitter.

“Terima kasih kepada semua pemiutang dan Presiden atas usaha gigihnya dalam misi penting ini,” katanya.

Menurut kenyataan IMF, Lembaga Eksekutifnya hari ini meluluskan pengaturan lanjutan 48 bulan menerusi EFF berjumlah SDR 2.286 bilion (395 peratus daripada kuota atau kira-kira AS$3 bilion).

Program yang disokong EFF itu bertujuan memulihkan kestabilan makroekonomi dan kemampanan hutang Sri Lanka, mengurangkan kesan ekonomi terhadap golongan miskin yang terjejas selain melindungi kestabilan sektor kewangan dan mengukuhkan tadbir urus dan potensi pertumbuhan.

“Untuk membolehkan Sri Lanka mengatasi krisis, pelaksanaan pantas dan tepat pada masanya sangat kritikal,” menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dalam kenyataan itu.

Sri Lanka yang lumpuh disebabkan kekurangan rizab pertukaran asing selepas kejatuhan ekonomi yang bergantung kepada pelancongan, negara berpenduduk 22 juta itu gagal membayar semua hutang asingnya pada 2021. – Bernama

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah