ARTIKEL

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) melihat pembangunan infrastruktur sistem bekalan air baru yang sedang dilaksanakan pada Lawatan Kerja berkaitan kemampanan bekalan air di Empangan Sungai Layang semalam. | BERNAMA

IMFC Johor dijangka siap tahun ini, bakal tarik lebih ramai pelabur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) di Johor yang dijangka siap pada tahun ini dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pelabur baharu melabur di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pusat sehenti itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kerajaan negeri yang akan menjadi pencetus perubahan dan pemangkin kepada peningkatan ekonomi negeri Johor.

“Seperti dalam pertemuan dengan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada minggu lepas, Johor bakal mewujudkan satu pusat fasilitasi pelaburan.

“Semua agensi Persekutuan dan negeri yang bersangkut paut dengan pelaburan akan ada satu pusat sendiri, ini adalah yang pertama dalam negara.

Sebelum ini, di Kuala Lumpur, IMFC memang sudah diwujudkan tetapi tiada kolaborasi dengan agensi dari kerajaan negeri.

“Ini antara kerjasama khas ini dan kita sasar pada tahun ini akan siap yang akan memudahkan pelabur seperti disebut pada pengumuman penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebelum ini,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Masai dan Empangan Layang di Pasir Gudang di sini.

Pada bulan lepas, memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ antara Malaysia dan Singapura telah dimeterai yang menggariskan beberapa inisiatif dalam membina ke arah zon ekonomi.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata konsep Johor Fast Lane yang bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan perniagaan di sini turut menjadi faktor pelabur untuk melabur di negeri ini.

Menurutnya, pada tahun lepas, Johor berjaya menarik 30 pelabur di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Johor Fast Lane.

“Konsep itu bermula melalui Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebelum diperluas kepada PBT lain.

“Pada masa ini, empat majlis tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan MPKu telah melaksanakan konsep itu secara agresif,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Onn Hafiz menegaskan bekalan elektrik dan air di Johor yang berada pada tahap lebih daripada mencukupi akan turut meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.

“Bekalan elektrik di seluruh Johor mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 10,476 megawatt (mw), jauh lebih tinggi berbanding permintaan maksimum, 2,804 mw.

Lebihan sebanyak 75 peratus bekalan elektrik boleh dimanfaatkan oleh pelbagai sektor ekonomi di Johor termasuk kawasan perindustrian.

“Bagi bekalan air, Ranhill SAJ memaklumkan terdapat 16 projek sedang berjalan termasuk tiga projek dalam bentuk kajian manakala 13 projek sudah mempunyai peruntukan pelaksanaan. Dari segi jangka pendek dan sederhana, permohonan perindustrian untuk air ini mencukupi.

“Satu daripada 13 projek ini telah siap, bakinya akan siap secara berperingkat pada tahun ini dan tahun depan dengan penambahan kapasiti bekalan air sebanyak 1,170 juta liter sehari.

Ia akan menambah rizab air kita sebanyak 18 peratus. Ia adalah berita baik.

“Kita menggalakkan pemain industri dan pelabur untuk melihat Johor sebagai lokasi destinasi utama dalam pelaburan mereka,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha