ARTIKEL

TAHAN… Dua suspek ditahan atas kesalahan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, di Simpang Bekenu, Pan Borneo semalam.

Imigresen Miri gempur lokasi penagihan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKENU: Sebuah lokasi yang dipercayai menjadi tempat penagihan dadah di Simpang Bekenu, Pan Borneo digempur dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Unit Penguatkuasa Imigresen Bahagian Miri, semalam.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sarawak berkata, serbuan yang dijalankan hasil maklumat risikan itu membawa kepada penahanan dua lelaki warga Indonesia yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dilakukan.

“Pemeriksaan di lokasi turut menemukan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu serta sebilah senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan.

TAHAN… Dua suspek ditahan atas kesalahan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, di Simpang Bekenu, Pan Borneo semalam.

Beliau menambah, semua barangan tersebut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

Kedua-dua suspek kini katanya, ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi berkenaan berakhir sekitar jam 6 petang,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sarawak menegaskan komitmennya untuk mempergiat operasi penguatkuasaan bagi mengekang kegiatan warga asing yang melanggar undang-undang.

Sementara itu katanya, majikan juga diingatkan supaya memastikan pekerja asing mereka memiliki dokumen sah serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU