KUCHING: Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili telah menghadiri Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri serta mendengar Amanat Tahun 2026 yang berlangsung secara dalam talian semalam.
Turut hadir Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Ibrahim Jack, Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan), Norhafiza Junaidi serta ketua-ketua bahagian lain.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, penyertaan ini mencerminkan komitmen jabatan itu dalam menyokong dasar dan aspirasi kerajaan, selain memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, profesional dan mesra rakyat.
Perhimpunan tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan hala tuju dan penegasan keutamaan kerajaan bagi tahun 2026. -TVS

