SARIKEI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi, semalam.
Menurut kenyataan JIM Sarawak, Ops Sapu dijalankan bermula jam 2.05 pagi hingga 3.06 pagi dengan kekuatan seramai 12 anggota Unit Penguatkuasa.
“Dalam serbuan ke atas dua premis berasingan, iaitu sebuah stor simpanan barang bersebelahan Loji Rawatan Air Bayong dan sebuah rumah kayu tidak bernombor berhampiran Jalan Sarikei Bypass, pihak imigresen telah memeriksa seramai 13 individu.
“Hasil pemeriksaan mendapati 10 daripadanya, terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita warga negara Indonesia, ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” kata kenyataan itu.
Kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.
Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Sarikei. – TVS




