ARTIKEL

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan. Foto: PPI via ZUMA Wire/dpa | BERNAMA

Imran Khan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan dan diplomat tertingginya Shah Mahmood Qureshi atas pertuduhan membocorkan “rahsia negara.”

Hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Abual Hasnat Mohammad Zulqarnain di Penjara Adiala Rawalpindi, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan, ARY News.

Peguam Khan, Gohar Ali Khan, bagaimanapun berkata parti Pakistan Tehreek-e-Insafnya (PTI) akan mencabar hukuman itu di Mahkamah Tinggi Islamabad.

Gohar juga merupakan ketua parti PTI.

“Kami akan mencabar hukuman ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung Islamabad dan berharap kami akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita.

Khan dituduh mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada tahun 2022.

Bekas pemain kriket yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2018 hingga 2022 itu disingkirkan selepas gagal dalam undi percaya di Parlimen pada April 2022, kurang setahun sebelum menamatkan penggal perkhidmatannya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU