ARTIKEL

Indeks Kebebasan Media: Kerajaan hadam laporan, rangka usaha lebih mapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari banyak perkara yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan melawan fitnah serta penyebaran maklumat palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. 

Beliau yang mengambil sikap menerima laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media dengan hati terbuka berkata, beliau bersama pasukannya menghadam laporan ini dan merangka usaha yang lebih mapan ke depan.

“Saya terima laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) RSF ini dengan hati terbuka,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Terdahulu Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan RSF menunjukkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lepas.

Menurut laporan itu Malaysia memperoleh skor 52.07 mata.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah G. Naidu menggesa kerajaan untuk menyegerakan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) sebagai badan kawal selia kendiri peelbagai pemegang taruh yang telus dan bebas untuk industri, dengan mengguna pakai kerja-kerja dirangka Jawatankuasa Protem yang ditubuhkan pada Januari 2020.

“Ia mestilah bebas daripada campur tangan kerajaan, termasuk dalam mekanisme membuat keputusannya, di samping memiliki sumber yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri