ARTIKEL

India buat bantahan terhadap perhimpunan Sikh di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: India mengemukakan bantahan rasmi kepada Kanada selepas poster yang mempromosi perhimpunan Sikh menunjukkan gambar diplomat India.

Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Isnin telah memanggi Pesuruhjaya Tinggi Kanada di New Delhi Cameron MacKay, untuk menyampaikan rasa tidak senang India mengenai perkara itu, menurut laporan media India pada Selasa.

Laporan itu menyebut bahawa India tidak berpuas hati terhadap demonstrasi yang dirancang di luar misi diplomatik India di Ottawa, Toronto dan Vancouver pada Sabtu ini.

Demonstrasi itu dirancang sebagai membantah terhadap pembunuhan sensasi ketua masyarakat Sikh Hardeep Singh Nijjar, ketua gurdwara di bandar Surrey di Kanada, pada 18 Jun.

Laporan media India, merujuk Nijjar sebagai “pengganas Khalistani” yang dikehendaki di India.

Poster perhimpunan Sikh itu memuatkan sentimen anti-India serta gambar dan nama dua diplomat terkemuka India di Kanada.

Menteri Luar Negeri Kanada Melanie Joly menyifatkan perbuatan itu tidak boleh diterima.

“Kanada mengambil tanggungjawabnya serius mengikut Konvensyen Vienna mengenai keselamatan diplomat.

Kanada kekal berhubung rapat dengan pegawai India memandangkan beberapa bahan promosi yang diedarkan dalam talian mengenai protes yang dirancang pada 8 Julai, yang tidak boleh diterima.

“Kami tahu bahawa tindakan segelintir orang tidak melambangkan kehendak seluruh komuniti atau Kanada sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha