ARTIKEL

India cecah 1.4 bilion penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Foto: https://pixabay.com/

NEW DELHI: Dalam tempoh dua bulan, India diunjurkan menjadi negara paling ramai penduduk di dunia dengan jumlahnya mencecah lebih 1.4 bilion orang.

Bagaimanapun, bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun dan mungkin lebih lama daripada itu, negara itu dijangka tidak dapat mengetahui jumlah keseluruhan populasinya.

Ini berikutan banci di India hanya dijalankan dalam tempoh sekali dalam sedekad.

Banci di negara itu yang sepatutnya dibuat pada 2021 telah tertangguh akibat wabak Covid-19 dan kini ia terus tergendala kerana halangan teknikal dan logistik.

Malah, masih belum ada tanda, proses banci secara besar-besaran akan dimulakan dalam masa terdekat.

Kumpulan pakar berkata, kelewatan dalam mengemas kini data termasuk pekerjaan, perumahan, tahap literasi, trend penghijrahan dan kematian bayi memberi kesan langsung kepada perancangan ekonomi dan sosial, selain bagi merangka dasar dalam ekonomi di peringkat Asia.

Felo di Institut Kewangan dan Dasar Awam Negara, Rachna Sharma, berkata data bancian amat diperlukan terutama kajian melalui tinjauan perbelanjaan kepenggunaan dan tenaga buruh berkala.

“Dengan ketiadaan data banci terkini, anggaran dibuat berdasarkan data yang berusia satu dekad dan berkemungkinan anggaran jauh dari realiti,” katanya.

Seorang pegawai kanan di Kementerian Perangkaan dan Pelaksanaan Program berkata, data banci dari 2011 digunakan untuk unjuran dan anggaran yang diperlukan bagi menilai perbelanjaan kerajaan.

Jurucakap kementerian itu berkata, peranannya terhad untuk menyediakan unjuran terbaik dan tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai proses bancian.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri ketika ditanya berhubung perkara itu, enggan memberikan sebarang respons.

Dalam pada itu, dua lagi pegawai kerajaan, seorang dari Kementerian Dalam Negeri dan seorang lagi dari pejabat Ketua Pendaftar India, berkata kelewatan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk memperhalusi proses banci dan menjadikannya mudah dengan bantuan teknologi.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha