ARTIKEL

India tahan ahli politik Kashmir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Pihak berkuasa India menahan tiga pemimpin politik di Kashmir mendakwa mereka menjadi ancaman kepada keamanan.

Wilayah majoriti Islam itu yang ditadbir India itu masih diletak di bawah kawalan ketat keselamatan sehari selepas ia dilucutkan status istimewa yang memberikannya autonomi yang penting.

Rangkaian telefon dan internet, yang diputuskan pada petang Ahad, belum pulih dengan puluhan ribu tentera meronda di jalanan.

Pembatalan status khas dijangka mencetuskan protes yang meluas, tetapi tiada laporan tentang tindak balas orang ramai terhadap berita tersebut.

Tiga individu ditangkap dipindahkan ke rumah tamu rasmi pada Isnin, menurut perintah mahkamah, pada hari sama pengumuman di New Delhi bahawa status istimewa Kashmir di bawah perlembagaan dihapuskan.

“Aktiviti anda mungkin menyebabkan pelanggaran perdamaian. Ia mungkin membawa kepada situasi undang-undang dan ketenteraman yang serius,” kata perintah yang membenarkan pemindahan yang diperoleh AFP pada Selasa.

Bekas ketua menteri Mehbooba Mufti dan Omar Abdullah, bersama-sama pemimpin parti wilayah, Sajad Lone, mulanya diletakkan di bawah tahanan di rumah pada hujung minggu ketika ramai tentera dikerah sebelum dekri kontroversi itu. Pada Selasa, Kashmir hampir terputus dari dunia luar untuk hari kedua dengan telefon dan pautan internet masih terputus dan ribuan tentera menguat kuasa perintah berkurung.

Perintah mahkamah itu juga mengatakan pihak berkuasa takut ketiga-tiga mereka mengadakan perhimpunan awam yang kini dilarang di Kashmir. Perintah majistret tidak membuat tuduhan jenayah tertentu.

Sebelum dipindahkan, Mufti membuat kenyataan di Twitter mengatakan menamatkan status khas Kashmir mengurangkan “India ke pasukan pendudukan di Jammu dan Kashmir”. – AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU