ARTIKEL

Tangkap layar perbualan menunjukkan individu terbabit memperkenalkan dirinya sebagai “Noor Akmal” dan mendakwa sebagai “Staf YB Nancy” ketika berhubung dengan wakil NGO.

Individu guna nama Nancy untuk dekati NGO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Taktik menyamar sebagai pegawai pemimpin kerajaan semakin membimbangkan apabila seorang individu tidak dikenali didakwa menggunakan nama Datuk Seri Nancy Shukri untuk mendekati sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan selepas seorang lelaki menghubungi sebuah NGO yang aktif dalam kerja kesukarelawanan dan mendakwa dirinya sebagai “Pegawai Peribadi Khas YB Nancy”.

Menurutnya, individu terbabit meminta pihak NGO menyediakan “kertas kerja” dan mendakwa dokumen itu perlu melalui beliau terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Nancy.

“Lebih membimbangkan, individu berkenaan turut meminta wakil NGO yang merupakan seorang wanita supaya berjumpa secara peribadi dengannya di dalam sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, wakil NGO terbabit mengambil langkah berhati-hati dengan meminta supaya sebarang pertemuan diadakan di tempat terbuka.

Nancy berkata, tindakan itu wajar kerana urusan rasmi sepatutnya dibuat melalui saluran yang boleh disahkan bagi mengelakkan penyalahgunaan nama atau kedudukan seseorang.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada kakitangan atau bekas kakitangannya bernama “Noor Akmal”.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sekiranya menerima sebarang panggilan atau mesej daripada individu yang mengaku sebagai pegawai, kakitangan atau wakil saya. Sebarang pengesahan mengenai perkara itu boleh dibuat terus melalui pejabat saya di talian 012-5075861,” katanya.

Nancy berkata, orang ramai tidak seharusnya mudah mempercayai individu yang menggunakan nama pemimpin kerajaan bagi mendapatkan kepercayaan atau menguruskan sesuatu urusan di luar saluran rasmi.

Beliau menegaskan setiap urusan rasmi perlu dibuat melalui saluran yang betul dan disahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan masyarakat menjadi mangsa penipuan atau penyalahgunaan identiti.

Sementara itu, Nancy turut berkongsi tangkapan skrin perbualan yang menunjukkan individu terbabit memperkenalkan dirinya sebagai “Noor Akmal” dan mendakwa sebagai “Staf YB Nancy” ketika berhubung dengan wakil NGO berkenaan.

Dalam perbualan itu, individu terbabit dilihat cuba meyakinkan wakil NGO mengenai kedudukannya di pejabat Nancy selain meminta untuk berjumpa secara langsung bagi membincangkan urusan kerja.

Dalam perbualan lain, individu terbabit turut meminta bantuan membeli minyak kenderaan selepas mendakwa tidak mempunyai wang tunai, selain meminta supaya urusan berkaitan pertemuan itu tidak dimaklumkan kepada pihak lain.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU