ARTIKEL

Indonesia amal ‘kemerdekaan’ media – Jokowi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: “Saya lihat di media sosial, di sampul, di poster dilukis muka saya yang pelik, yang aneh, tetapi saya tak ambil peduli,” kata Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Beliau berkata, ini adalah kerana Indonesia mengamalkan kemerdekaan media (kebebasan media).

“Cucu saya yang beritahu (poster, muka saya dilukis pelik), tetapi saya tidak kisah kerana bagi saya itu ialah kebebasan media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Puncak Peringatan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 di Ancol di sini, pada Selasa.

Tambah Jokowi, pers (wartawan) merupakan salah satu pilar (tonggak) untuk menjaga demokrasi dan menjadi rumah bersama. 

“Menjadi rumah bersama iaitu membuat berita dengan fakta yang betul, bukan membuat berita dengan ada-adanya (tokok tambah).

“Justeru, kita ingin wartawan di Indonesia mempunyai kewartawanan yang berkualiti, menjauhi konten negatif dan dapat memberi kemajuan kepada Indonesia,” katanya.

Jokowi hadir pada majlis kemuncak HPN yang disertai 6,000 wartawan dari seluruh pelosok republik itu.

Pada majlis tersebut, seramai 33 delegasi Malaysia, termasuk 16 ketua pengarang dan pengarang urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi ISWAMI Malaysia, turut hadir sebagai jemputan.

Baca lain  Lebih 170 juta jangkitan seluruh dunia

Selepas majlis itu, media Malaysia termasuk lebih 10 ketua pengarang syarikat media negara dan 15 wartawan diberikan ruang untuk bertemu dan bergambar dengan Jokowi.

Media Malaysia menjadi tetamu kehormat majlis itu selepas menyertai Program Jejak Serumpun ISWAMI sejak 12 Februari lalu, termasuk pendedahan kepada Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) 2024.

Delegasi Malaysia yang hadir diketuai Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail, dan Timbalannya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, yang juga Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Pengarang Kumpulan BH.

Turut hadir, Pengarah Sarawak Media Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune sendiri, Datuk Dr Jeniri Amir selain Ketua Pengarang merangkap Pemangku CEO BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin.

Caption: Wartawan Suara Sarawak, Siti Nuraini Ratani, tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama Presiden Indonesia, Jokowi.

BERITA LAIN

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang