ARTIKEL

Kredit: Bernama

Indonesia Dilantik Presiden UNHRC 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia akan memegang jawatan Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada 2026, menandakan kali pertama negara itu menyandang jawatan berkenaan ketika majlis tersebut memperingati ulang tahun ke-20 penubuhannya.

Sebagai presiden, Indonesia akan mempengerusikan semua sesi dan proses majlis sepanjang tahun secara objektif, inklusif dan seimbang, selaras dengan program kerja tahunan majlis serta isu-isu hak asasi manusia yang menjadi kepentingan bersama.

Dalam kenyataan, Kementerian Luar Indonesia berkata pelantikan itu disahkan secara rasmi pada mesyuarat UNHRC pada Khamis, yang diadakan serentak dengan mesyuarat organisasi pertama majlis itu bagi tahun 2026 di Geneva, Switzerland.

Menurut kementerian itu, jawatan Presiden UNHRC akan disandang oleh Timbalan Wakil Tetap Indonesia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Sidharto Reza Suryodipuro.

“Indonesia komited melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden UNHRC secara saksama, objektif dan telus.

“Kepimpinan Indonesia akan memberi keutamaan kepada pembinaan keyakinan, mengukuhkan dialog rentas wilayah dan menggalakkan penglibatan konstruktif semua pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu.

Majlis itu ditubuhkan pada 2006, dengan jawatan presiden digilirkan mengikut kelompok wilayah.

Setakat ini, Indonesia telah berkhidmat selama enam penggal sebagai anggota UNHRC dan dua kali diberi kepercayaan memegang jawatan naib presiden majlis berkenaan. — Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan